Home Semasa COVID-19: Sebanyak 39 kes jangkitan dan 2 kluster baharu dikesan

COVID-19: Sebanyak 39 kes jangkitan dan 2 kluster baharu dikesan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 28 Jul – Sebanyak 39 kes jangkitan COVID-19 yang baharu telah dikesan pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, angka tersebut melibatkan 11 kes import dan 28 kes penularan dalam negara.

“Kes import melibatkan 4 rakyat Malaysia dan 7 warga asing yang dibenarkan masuk ke Malaysia. Penularan tempatan pula melibatkan 22 orang rakyat Malaysia dan 6 warga asing,” jelasnya.

Selain itu, seorang pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU dan memerlukan bantuan penafasan.

“Tiada kematian direkodkan pada hari ini dan terdapat 6 kes pulih dicatatkan,” kata Noor Hisham.

Beliau menambah terdapat dua kluster baharu dikesan iaitu di Kedah dan Sarawak.

Sehingga kini, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,943 kes dengan 8,607 kes telah pulih.

Angka kematian akibat wabak pandemik itu masih kekal pada 124 kes. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply