Home Semasa COVID-19: 16 kes baharu, tiada kematian dilaporkan

COVID-19: 16 kes baharu, tiada kematian dilaporkan

by Khairunnisa Suhairi

Putrajaya, 21 Jun – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 16 kes baharu yang telah dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, yang menjadikan jumlah kes positif  akibat wabak COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 8,572 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor HIsham Abdullah dalam satu kenyataan berkata 3 daripada kes baharu yang dilaporkan adalah kes import yang mendapat jangkitan luar negara.

“Ia melibatkan 2 warganegara Malaysia dan 1 bukan warganegara yang merupakan permastautin tetap,

“Daripada 13 kes penularan di dalam negara, 9 kes adalah bukan warganegara manakala hanya 4 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia,

“Dan daripada 4 kes penularan dalam negara, 2 kes adalah di Sarawak, 1 kes di Melaka dan 1 kes di Johor,” jelasnya.

Selain itu, beliau turut menyatakan terdapat 10 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,156 kes.

“Tiada pertambahan kes kematian  dilaporkan hari ini dan ia menjadikan jumlah kes kematian di Malaysia kekal sebanyak 121 kes,” jelasnya lagi.

Related Articles

Leave a Reply