Home Pertahanan dan Keselamatan Isu kemasukan PATI: Jangan hanya pandai bersuara, NGO digesa turun padang lihat kesan negatif

Isu kemasukan PATI: Jangan hanya pandai bersuara, NGO digesa turun padang lihat kesan negatif

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Badan bukan kerajaan (NGO) diseru berkerjasama dengan agensi penguatkuasaan negara dalam menangani isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) dan bukan hanya lantang menyuarakan pandangan mereka di media sosial.

Komander National Task Force (NTF), Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah berkata NGO disaran untuk turun padang dan melihat sendiri kesan negatif kemasukan PATI terutamanya dalam aspek kedaulatan negara.

Beliau berkata, ia pasti akan membuka mata masyarakat dalam memberikan gambaran sebenar impak negatif terhadap negara kerana pihak NGO mempunyai penyokong yang ramai dan berpengaruh.

“Sebenarnya NGO dan tentera mempunyai objektif yang sama iaitu memastikan kesejahteraan masyarakat sejagat, sifat kemanusiaan dan keselamatan serantau,

“Ia bukanlah satu persaingan dimana siapa suara yang lebih lantang untuk memperjuangkan nasib pelarian,

“Kita boleh berkerjasama, cuma keutamaan berbeza-beza. Sebagai agensi beruniform, kita ada misi kita (operasi), dan NGO ada pengikut dan fungsi mereka sendiri, tapi masih dalam isu yang sama,” katanya ketika sesi wawancara khas di ibu pejabat NTF baru-baru ini.

Aris berkata, NGO perlu merujuk kepada sumber yang sahih sebelum membuat sebarang kenyataan dan tidak menyebarkan berita yang tidak tepat kerana ia pasti akan mengundang persepsi negatif terhadap kredebiliti pasukan keselamatan negara.

“Saya menjemput NGO sekiranya ada sebarang permasalahan berkaitan kemasukan PATI ini, untuk menghubungi pihak NTF bagi membincangkan hal yang sebenarnya,

“NGO perlu mengetahui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi penguatkuasa lain ditugaskan untuk menjaga keselamatan negara dan perlu memberi perlindungan kepada rakyat daripada segala bahaya, termasuklah COVID-19,

“Selain itu, sebagai entiti yang didengari di persada antarabangsa, pihak NGO diseru agar meraih perhatian komuniti antarbangsa terutamanya negara jiran Malaysia agar memberi kerjasama dalam menangani masalah pencerobohan PATI secara bersepadu,” jelasnya lagi. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply