Home Pertahanan dan Keselamatan 20 pengunjung pusat hiburan ditahan ingkar PKPP

20 pengunjung pusat hiburan ditahan ingkar PKPP

by Farrah Najihah Hisyam

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 20 individu atas kesalahan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata daripada jumlah tersebut, 10 individu telah direman manakala 10 lagi dikenakan kompaun.

“Semalam, PDRM telah membuat 66, 468 pemeriksaan jalan raya yang melibatkan 15, 432 anggota dari 3, 503 Pasukan Pematuhan,

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti karaoke dan pusat hiburan keluarga dan aktiviti dalam pub atau kelab malam, mencuba pakaian di kedai pakaian serta aktiviti yang menyukarkan penjarakan sosial,” jelas beliau.

Selain itu, PDRM juga telah membuat 60 sekatan jalan raya dalam Op Benteng dan telah memeriksa 38, 474 buah kenderaan terutamanya di lorong-lorong tikus.

Pemeriksaan tersebut bertujuan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

“Turut ditahan seramai 14 warganegara asing atas kesalahan imigresen,

“Kerajaan akan mengambil tindakan yang berat terhadap mana-mana individu yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” tambahnya.

Related Articles

Leave a Reply