Home Semasa COVID-19: 31 kes baharu, tiada kes kematian dilaporkan

COVID-19: 31 kes baharu, tiada kes kematian dilaporkan

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 12 Jun – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan sebanyak 31 kes baharu akibat wabak pendamik COVID-19 dilaporkan sehingga tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 8,369 kes.

“Ingin dimaklumkan daripada 31 kes baharu yang dilaporkan, 11 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan 20 lagi kes penularan tempatan,

“Daripada 20 kes penularan di dalam negara, 19 kes adalah bukan warganegara dan hanya satu kes melibatkan warganegara Malaysia iaitu merupakan kes di Selangor bagi saringan pusat tahfiz,” katanya pada sidang akhbar harianya di Putrajaya, hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau menyatakan terdapat 51 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang sihat sepenuhnya dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 7,065 kes,

“Tiada pertambahan kes kematian dilaporkan pada hari ini dan ia menjadikan jumlah kematian di Malaysia kekal 118 orang,” jelasnya.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply