Home Pertahanan dan Keselamatan Tindakan tegas terhadap dalang bawa masuk PATI – Ismail Sabri

Tindakan tegas terhadap dalang bawa masuk PATI – Ismail Sabri

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 11 Jun – Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan mereka yang bersekongkol dengan tekong yang membawa masuk Pendatang Tanpa Izin (PATI).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata seramai 704 orang PATI dan 125 tekong telah ditahan kerana cuba memasuki negara secara haram terutamanya melalui lorong tikus dalam tempoh 1 Mei lalu sehingga semalam.

“Turut ditahan adalah 12 individu yang disyaki penyeludup serta 14 buah kapal,

“Agensi penguatkuasa juga berjaya mengusir 164 PATI, 6 tekong, serta 27 kapal yang cuba membolosi sempadan negara,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Menurut beliau, kerajaan Malaysia akan sentiasa memantau dan meningkatkan kawalan di kawasan sempadan negara terutama di lorong tikus.

“Op Benteng yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi oleh PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain daripada menyekat penularan wabak COVID-19,

“PDRM juga telah membuat 49 sekatang jalan raya Op Benteng di seluruh negara bagi memeriksa 40, 969 kenderaan dalam  mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong tikus,

“Agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan negara terutamanya di lorong tikus,” tegasnya.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply