Home SemasaGlobal India beli 156 kenderaan tempur BMP-II ‘Sarath’

India beli 156 kenderaan tempur BMP-II ‘Sarath’

by Air Times News Network

KOLKATA, 3 Jun – Kementerian Pertahanan India (MoD) telah meluluskan pembelian tambahan sebanyak 156 buah Kenderaan Tempur Infantri (ICV) Boyevaya Mashina Pekhoty II (BMP-II) ‘Sarath’.

Jurucakap syarikat Ordnance Factory Board (OFB), Uddipan Mukerjee menyatakan perolehan tersebut adalah bernilai USD148 juta.

Beliau menambah pihaknya telah menerima tempahan dari kerajaan India pada 31 Mei yang lalu.

Memetik laporan portal Janes, sumber rasmi berkata MoD memberitahu bahawa Ordnance Factory Project Medak (OFPM) telah mengumpulkan dan mula membina lebih dari 2.500 unit versi BMP-2 dan BMP-2K sejak tahun 1987, manakala OFPM diminta untuk menyelesaikan penghantaran semua 156 ICV dalam masa 24 bulan.

ICV tambahan ini adalah seberat 14.3 tan dan dikendalikan oleh tiga kru pada satu masa.

BMP-II ‘Sarath’ mampu untuk membawa seramai 7 orang dalam satu operasi. Kenderaan ini mampu bergerak sejauh 600 km.

Selain itu, Sarath mampu untuk mencapai kelajuan setinggi 65 km/h di jalan raya, 45 km/h di kawasan bukan jalan raya serta boleh bergerak dengan kelajuan 3.8 knot di permukaan air.

Kenderaan tempur tersebut turut dilengkapi dengan meriam automatik 30mm 2A42. Meriam ini mampu untuk melepaskan tembakan sebanyak 200 hingga 550 butir peluru dalam masa seminit.

Ia juga dipasang dengan pelancar peluru berpandu anti-armor (ATGM), 9Sh119M1. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply