Home Pertahanan dan Keselamatan COVID-19: Tentera Darat kepung Taman Langat Murni dengan pagar kawat duri

COVID-19: Tentera Darat kepung Taman Langat Murni dengan pagar kawat duri

by M.Daim

KUALA LANGAT, 3 Jun – Anggota Tentera Darat Malaysia telah memasang kawat duri di Taman Langat Murni dan kawasan sekitarnya, malam tadi.

Tinjauan Air Times di lokasi turut mendapati anggota polis telah mengadakan kawalan di laluan keluar masuk ke kawasan terbabit.

Difahamkan pemasangan ini dilakukan bagi mengawal pergerakan keluar masuk penduduk berikutan kewujudan kes kluster syarikat pembersihan di Kuala Langat.

Kluster tersebut telah dikesan pada 29 Mei lalu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)apabila 24 orang warga asing disahkan menghidap COVID-19.

“Kes jangkitan melibatkan dua daerah iaitu Kuala Langat dan Seremban,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Semenjak akhir bulan lalu, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat sedang giat melakukan pengesanan aktif jangkitan wabak COVID-19 di kawasan ini.

Semalam, KKM turut mengesahkan terdapat 2 kes terbaharu jangkitan COVID-19 melibatkan warga asing dari daerah Kuala Langat.

 

Related Articles

Leave a Reply