Home Semasa COVID-19: PKPB dilanjut, sah aidilfitri tak dapat balik kampung

COVID-19: PKPB dilanjut, sah aidilfitri tak dapat balik kampung

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 10 Mei –  Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020 dan tiada pergerakan merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya sehingga tamat tempoh penguatkuasaan PKPB.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan pelanjutan tarikh PKPB tersebut, semua peraturan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang tempoh PKPB akan kekal berkuatkuasa untuk tempoh empat minggu lagi.

“Sebarang perubahan mengenai peraturan SOP atau senarai sektor yang dibenarkan beroperasi akan dimaklumkan daripada masa ke semasa,” jelas Tan Sri Muhyiddin di Perutusan Khas sebentar tadi.

“Dalam tempoh ini, ada beberapa perayaan utama yang lazimnya akan melibatkan pergerakan orang ramai, iaitu Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai,

“Jadi saya nak mengingatkan saudara-saudari tentang larangan pergerakan antara negeri yang masih berkuatkuasa dalam tempoh ini,

“Ini bermakna, minta maaf banyak-banyak, saya mohon ampun, demi menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua, perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya tidak dibenarkan,” jelasnya.

 

 

Related Articles

Leave a Reply