Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara TUDM terbangkan bayi sakit jantung dari Terengganu ke Hospital Serdang

TUDM terbangkan bayi sakit jantung dari Terengganu ke Hospital Serdang

by Air Times News Network

SUBANG, 30 Mac – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan penerbangan ihsan membawa bayi perempuan yang menghidapi sakit jantung dari Terengganu ke Hospital Serdang, hari ini.

TUDM dalam satu kenyataan berkata, pesawat pengangkut C-130H dari No 20 Skuadron, Pangkalan Udara Subang telah menerbangkan bayi perempuan, Nur Amani Azmie, berusia 3 bulan 15 hari untuk mendapatkan rawatan segera di Hospital Serdang.

“Pesawat telah berlepas dari Subang pada jam 8.00 pagi ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu bagi mengambil pesakit dan selamat mendarat di Subang semula pada jam 10.45 pagi,

“Sebaik tiba di Pangkalan Udara Subang, semua anak kapal serta penumpang telah disinfeksi dan juga menjalani saringan kesihatan sebagai langkah mencegah penyebaran wabak COVID-19,” katanya.

Selepas selesai saringan kesihatan, pesakit telah dibawa menaiki ambulans untuk dihantar ke Hospital Serdang.

 

Related Articles

Leave a Reply