Home Semasa COVID19: 76 rakyat Malaysia selamat dibawa pulang dari Itali

COVID19: 76 rakyat Malaysia selamat dibawa pulang dari Itali

by Nurulhuda

SEPANG, 26 Mac – Seramai 76 rakyat Malaysia serta lima individu bukan warganegara dibawa pulang dari Itali tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10 pagi hari ini.

Jumlah ini turut merangkumi seramai 34 orang pelajar dan 8 orang pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Rome dan Holy See serta ahli keluarga mereka.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato Kamaruddin Jaafar dalam kenyataan hari ini berkata kesemua mereka telah dibawa pulang dengan menaiki sebuah pesawat sewaan khas Air Asia yang turut membawa 17 orang kru pesawat dan tujuh orang penjawat awam dari pelbagai agensi.

“Setibanya di Malaysia, kesemua mereka akan menjalani proses kuarantin di Akademik Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) selama 14 hari sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),

“Misi ini adalah hasil kerjasama rapat bersama NADMA, KKM, kedutaan Besar Malaysia di Rome dan Holy See serta agensi-agensi lain yang berkaitan,” jelasnya.

 

 

Related Articles

Leave a Reply