Home Semasa Premis sorok dan jual 223,000 topeng muka lebihi harga siling diserbu

Premis sorok dan jual 223,000 topeng muka lebihi harga siling diserbu

by M.Daim

PETALING JAYA, 26 Mac – Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah merampas 223,000 unit topeng muka 3 lapis yang disorok dan dijual pada harga lebih tinggi oleh peniaga.

KPDNHEP dalam satu kenyataan berkata, operasi serbuan dijlankan hasil maklumat orang awam berikutan penjualan topeng muka melebihi harga maksimum di laman sosial Facebook.

“Topeng muka muka dijual dengan harga yang lebih tinggi iaitu RM3.50 seunit, melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan iaitu RM2.00 seunit. Nilai rampasan bagi kesemua topeng muka yang dirampas adalah dianggarkan berjumlah RM446,000.00,

“Suspek menggunakan laman sosial Facebook untuk mengiklan penjualan topeng muka. Kaedah penjualan adalah melalui pesanan aplikasi whatsapp dan barang dihantar melalui pos atau melalui kaedah Cash On Delivery (COD) di kawasan Kota Damansara Petaling Jaya,” kata kenyataan itu.

Menurut KPDNHEP, suspek didapati melakukan kesalahan dibawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) yang berdepan dengan denda serta hukuman penjara jika disabitkan kesalahan.

Related Articles

Leave a Reply