Home Semasa Pengerusi surau kematian ke-11 angkara COVID-19

Pengerusi surau kematian ke-11 angkara COVID-19

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan kematian ke-11 akibat wabak COVID-19.

“Terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan,

“Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak sebelas (11) orang setakat ini,” kata Noor Hisham dalam satu kenyataan di Facebook.

Menurut beliau, korban terbaru itu merupakan rakyat Malaysia berusia 70 tahun yang dan mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.

“Pesakit mempunyai latar belakang penyakit kronik. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dimaklumkan bahawa beliau merupakan Pengerusi surau kawasan setempat,

“Pesakit mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM pada 18 Mac 2020. Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU),

“Kesihatannya merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020 jam 9.05 malam semalam,” jelas Ketua Pengarah Kesihatan.

 

Related Articles

Leave a Reply