Home Pertahanan dan Keselamatan COVID-19: ATM guna dron, UAV awasi pergerakan rakyat

COVID-19: ATM guna dron, UAV awasi pergerakan rakyat

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menggunakan dron dan pesawat tanpa pemandu (UAV) untuk mengawasi dan memantau pergerakan rakyat dalam mematuhi Perintah Kawalam Pergerakan (PKP).

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM berkata, ATM akan menggunakan teknologi untuk membuat pengawasan dan menambah baikkan tugas dalam membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan PKP.

“Perkara ini telah dibincang dan mendapat bantuan daripada industri tempatan, kita (ATM) ada, tapi jumlahnya perlu ditambah,

“Dengan menggunakan teknologi ini ia boleh menambah baikkan pengawasan kita, seperti kita lihat macam China untuk memantau pergerakan orang,” kata Affendi ketika bual bicara Selamat Pagi Malaysia (SPM) di RTM, hari ini.

Menurut Affendi, ATM kini dalam persediaan dan penggunaan dron serta UAV yang dijangka akan digunakan dalam sehari dua lagi.

“Kita (ATM) sedaya upayanya untuk melihat, macam mana kita boleh menambah baik tugas kita,

“Setiap komuniti dan golongan ada tugas serta tanggungjawab mereka sendiri. Kita (ATM) akan lakukan dan menambah baik tugas dengan lebih efektif,” katanya.

Beliau juga berkata, jika diperlukan ATM sedia menambahkan anggota untuk memperluaskan tugas dalam membantu pihak PDRM.

“Perkara ini akan dikaji dan dilihat setiap hari keperluan-keperluan ini,

“ATM komited dan sentiasa melakukan tugas dengan penuh dedikasi untuk mencapai objektif yang telah diamanahkan oleh kerajaan dan rakyat Malaysia,” ujar beliau.

Setakat ini, secara keseluruhan penglibatan ATM dalam penugasan PKP seramai 7,500 anggota dan ditugaskan di 405 lokasi sekatan jalan raya serta 272 lokasi adalah rondaan MPV (Mobile Patrol Vehicle) di seluruh negara setiap hari.

Related Articles

Leave a Reply