Home Semasa 7,500 anggota tentera diaturgerak bantu kuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan

7,500 anggota tentera diaturgerak bantu kuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 23 – Seramai 7,500 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditugaskan untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM berkata kesemua anggota ATM daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ditugaskan di 405 lokasi Sekatan Jalan Raya dan 272 lokasi melibatkan rondaan MPV (Mobile Patrol Vehicle) di seluruh negara setiap hari.

Dalam pada itu, Affendi menjelaskan sebanyak 10 peratus dari keseluruhan penduduk di Malaysia masih tidak mematuhi dan ingkar dengan pelaksanaan PKP ini.

“Namun kita tidak boleh memandang enteng dengan jumlah 10 peratus yang masih ingkar,

“Peratusan tersebut melibatkan kira-kira 3 juta orang dan ia merupakan satu jumlah yang besar,” jelas Affendi dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan kegagalan bukan suatu pilihan di dalam ATM. Secara langsung ATM akan membantu memupuk disiplin di kalangan rakyat Malaysia untuk mematuhi sebarang perintah dan arahan yang sah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

“ATM juga bersetuju untuk penguatkuasaan PKP diteruskan dengan memberi lebih tumpuan kepada kawasan-kawasan yang berisiko tinggi seperti di pasar dan pasar raya di mana didapati sehingga kini pengguna didapati masih bersesak dan tidak mengamalkan penjarakan sosial (social distancing),” katanya.

Dalam masa yang sama Affendi menyeru orang ramai agar tidak mudah percaya dengan sebarang berita tular terutamanya melibatkan informasi/gambar/video/ rakaman suara yang menunjukkan aturgerak ATM pada skala besar.

“Ia boleh mencetuskan kebimbangan serta panik sedangkan ia (berita palsu) menunjukkan kaedah yang tidak benar dalam penguatkuasaan PKP ini,” tegas Affendi.

Semalam, Op Penawar telah dilancarkan di seluruh negara bagi membantu pihak polis bagi mempertingkatkan pelaksanaan PKP bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini.

 

 

Related Articles

Leave a Reply