Home Semasa Angka korban COVID-19 Malaysia meningkat kepada 8 orang

Angka korban COVID-19 Malaysia meningkat kepada 8 orang

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan jumlah kematian akibat wabak COVID-19 di negara ini meningkat kepada 8 orang.

Menurut beliau, dua kes kematian tersebut melibatkan kluster tabligh.

“Kes kematian ketujuh melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun, mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam,

“Pesakit mempunyai kontak dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak selama seminggu,

“Keadaan kesihatan beliau kemudiannya merosot sehingga memerlukan bantuan pernafasan pada keesokan harinya. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 3.22 petang pada 21 Mac 2020,” kata Noor Hisham di akaun media sosial rasminya.

Sementara itu, kes kelapan pula melibatkan seorang pesakit berusia 69 tahun dari kluster tabligh.

“Pesakit telah dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam sejak 12 Mac 2020,

“Beliau telah dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 18 Mac 2020 setelah didapati keadaan kesihatan merosot dan kemudian memerlukan bantuan alat pernafasan pada keesokan harinya. Beliau disahkan meninggal dunia pada 21 Mac2020 pada jam 4.00 petang,” jelas Ketua Pengarah Kesihatan.

Related Articles

Leave a Reply