Home Politik Perang Mahathir-Muhyiddin, Bersatu berpecah

Perang Mahathir-Muhyiddin, Bersatu berpecah

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 29 Feb – Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Marzuki Yahya menegaskan Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai kuasa mutlak memimpin parti sebagai Pengerusi Bersatu.

Marzuki dalam satu kenyataan hari ini berkata, melalui prinsip ‘rule of law’ dan perlembagaan parti satu-satunya individu yang mempunyai kuasa mutlak memimpin parti adalah Pengerusi parti iaitu Dr Mahathir.

Melalui perlembagaan Bersatu mengikut Fasal 16.2.1, tugas-tugas menjadi Pengerusi dan Pemimpin Utama parti yang bertanggungjawab menjamin kelicinan keseluruhan perjalanan pentadbiran dan dasar parti.

Manakala Fasal 16.2.2 pula, tugas Pengerusi adalah memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi.

“Oleh yang demikian, katanya segala tindak tanduk dan arah parti adalah tertakluk kepada keputusan Dr Mahathir sebagai Pengerusi Bersatu,” katanya.

Sebelum itu, pagi tadi Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan berasingan menyatakan beliau kini memangku jawatan Pengerusi parti susulan peletakan jawatan Dr Mahathir pada 24 Feb.

“Menurut Fasal 16.9 Perlembagaan Bersatu iaitu, jika pengerusi berhenti atau diberhentikan, maka presiden parti hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan pemilihan untuk memilih pengerusi yang baharu,

“Bersatu belum mengadakan pemilihan untuk memilih Pengerusi yang baharu,” ujar Muhyiddin.

Muhyiddin berkata selaku Presiden parti beliau kini memangku jawatan Pengerusi sehingga pemilihan diadakan kelak.

Kenyataan Media Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kenyataan media Setiausaha Agung PPBM, Datuk Marzuki Yahya

 

 

Related Articles

Leave a Reply