Home PolitikBarisan Nasional ADUN BN angkat sumpah MB Johor yang ke-18

ADUN BN angkat sumpah MB Johor yang ke-18

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut dari Barisan Nasional, Datuk Ir Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-18 di Istana Bukit Serene hari ini.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Hasni yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor, 61 tahun menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor.

Berangkat sama, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor pada istiadat tersebut.

Beliau menggantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas gabungan baharu dibentuk.

Related Articles

Leave a Reply