Home Politik Tun Mahathir lepaskan jawatan Pengerusi Bersatu

Tun Mahathir lepaskan jawatan Pengerusi Bersatu

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Tun Dr Mahathir Mohamad sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini.

Pejabat Pengerusi Bersatu dalam kenyataanya telah mengesahkan perkara berkenaan namun tidak menyatakan sebab perletakan jawatan beliau.

Tun Mahatir juga mengesahkan melepaskan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri hari ini dengan menghantar surat perletakan jawatan kepada  Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

 

 

Related Articles

Leave a Reply