Home Semasa Tiada Timbalan Perdana Menteri, Menteri kabinet dalam kerajaan

Tiada Timbalan Perdana Menteri, Menteri kabinet dalam kerajaan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali mengesahkan tugas-tugas pentadbiran dalam kerajaan telah berhenti pada hari ini berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri baru-baru ini.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan membatal pelantikan Menteri-menteri atas nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan pada 24 Februari 2020,” kata Zuki.

Menurut beliau, pembatalan itu selaras dengan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-8 pada awal hari ini.

“Sehubungan itu, tugas-tugas Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik adalah terhenti pada tarikh yang sama,” jelasnya dalam kenyataan dikeluarkan pada hari ini.

Related Articles

Leave a Reply