Home Pertahanan dan Keselamatan Lebih 200 cendekiawan hadir sesi dialog bentang hala tuju Kertas Putih Pertahanan

Lebih 200 cendekiawan hadir sesi dialog bentang hala tuju Kertas Putih Pertahanan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Dialog Perwira 2020 yang diadakan di Wisma Perwira, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini menyaksikan penglibatan lebih 200 cendiakawan termasuk wakil daripada anggota Pemegang Taruh Keselamatan dan Nasional serta Kedutaan Besar tempatan dalam pembangunan Kertas Putih Pertahanan (KPP).

Sesi dialog yang bertemakan ‘Kertas Putih Pertahanan: Idea dan pelaksanaan’ ini telah dirasmikan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Affendi Buang TUDM di Wisma Perwira, Angkatan Tentera Malaysia.

Penceramah dalam dialog ini melibatkan wakil daripada Kementerian Pertahanan, Institut Pengajian Strategik Antarabangsa–Asia, Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa Indonesia, Bahagian Pertahanan Australia dan Institut Pengajian Strategik Akademi Diplomatik Vietnam.

“Dialog Perwira ini merupakan satu platform bagi membincangkan kaedah perlaksanaan Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang pertama agar dapat memberi faedah dan manfaat jangka masa panjang dalam memperkukuhkan tunjang pertahanan dan keupayaan negara, ketahanan dalaman dan jalinan kerjasama luar,

“Selain itu, dialog ini juga membuka peluang kepada Kementerian Pertahanan dan para pemimpin ATM untuk membentangkan hala tuju bagi mengubah idea-idea menjadi tindakan dasar, seiring dengan arahan yang telah ditetapkan oleh Menteri Pertahanan,” jelas pihak Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Kementerian Pertahanan menjelaskan dialog ini juga bertujuan bagi memudahkan para cendekiawan dan perunding pakar yang turut dijemput untuk berkongsi penilaian masing-masing serta bertukar pendapat mengenai KPP 2020 termasuklah perkongsian berwibawa dan keupayaan serantau sebagai idea utama.

Turut hadir ke majlis ini ialah Ketua Pengarah Institut Keselamatan dan Pertahanan Malaysia (MiDAS), Noor Hisham Rosle dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez Abd Aziz.

KPP telah dibentang di Dewan Rakyat pada bulan Disember 2019.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply