Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Penglibatan Pegawai PALAPES dalam Askar Wataniah wajar diteruskan – Raja Muda Perlis – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Penglibatan Pegawai PALAPES dalam Askar Wataniah wajar diteruskan – Raja Muda Perlis

Penglibatan Pegawai PALAPES dalam Askar Wataniah wajar diteruskan – Raja Muda Perlis

by Nurulhuda

THAILAND, 24 Feb – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar ibu bapa memberi sokongan kepada anak-anak mereka yang ditauliahkan sebagai Pegawai Tauliah Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk terus terlibat aktif dalam Askar Wataniah selepas masing-masing tamat pengajian mereka di universiti-universiti awam.

Baginda selaku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah (AW) berkata, kebajikan Pegawai Tauliah PALAPES ini akan lebih terjaga dan terjamin jika mereka terus terlibat aktif dalam pasukan Askar Wataniah.

“Selain itu, peruntukan kewangan yang disalurkan oleh Kerajaan sepanjang tempoh menjadi kadet selama tiga tahun tidak dipersiakan apabila masing-masing terus aktif dan menyumbang khidmat kepada negara,

“Para majikan turut akan mendapat manfaat daripada sikap graduan yang memiliki mutu disiplin dan keyakinan dalam menyampaikan serta melaksanakan sesuatu tugasan dengan aura kepimpinan yang tinggi,” titah Baginda semasa di Thailand.

Baginda dalam rangka lawatan kerja Akademik dan Strategi Ketenteraan PALAPES Universiti Awam (UA) Malaysia ke Bangkok pada 18 sehingga 20 Februari yang lalu.

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?