Home Semasa Cetus kekacauan majlis Armada adalah tindakan biadap dan kurang ajar – Syed Saddiq

Cetus kekacauan majlis Armada adalah tindakan biadap dan kurang ajar – Syed Saddiq

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 1 Feb – Satu laporan polis telah dibuat hari ini susulan tindakan sekumpulan lelaki yang sengaja mencetuskan kekacauan pada majlis Rapat Umum Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor malam tadi.

Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata ketika program dijalankan, ada satu kumpulan individu yang tidak dikenali yang datang dan mencetuskan huru-hara.

Beliau mendakwa kumpulan menimbulkan kekacauan disyaki daripada pihak pembangkang yang berniat untuk menganggu program tersebut.

“Mereka melemparkan kata-kata kesat, memaki hamun dan menghalau kami semua. Kami telah membuat laporan polis mengenai perkara ini,

“Kami juga ada mempunyai rakaman video wajah-wajah mereka yang terlibat untuk dijadikan bahan bukti,” katanya dalam hantaran laman rasmi Facebook miliknya hari ini.

Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan menegaskan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang sangat kotor, jahat dan tidak berdemokratik seperti ini.

Semalam, lebih kurang 200 orang individu berpakaian hitam dan mengepung tempat makan majlis tersebut.

“Mereka semua berdiri mengepung tempat makan kami, sergah dan langgar semua tetamu yang hadir. Mereka laung dan pekik macam-macam kata-kata kesat. Ibu bapa saya juga jadi saksi malam ini,

“Ini apa? Ada anak-anak kecil, wanita di dalam majlis. Paling teruk, mereka sergah supaya menteri minta maaf kepada (Tunku Mahkota Johor) TMJ, kalau mahu pulang dari majlis,

“Apa yang berlaku, saya pun tak tahu. Yang saya tahu, ini biadap dan kurang ajar. Apa salah saya? Saya berkhidmat untuk rakyat,

“Bayangkan dikepung lebih 200 orang individu lagak seperti gangster. Saya sendiri, YB Rafiq, YB Mazlan dan lain terpaksa lari guna jalan tikus dan lompat pagar. Lari seperti orang salah, ” jelas Syed Saddiq dalam kenyataannya malam tadi.

 

Syed Saddiq dan beberapa pemimpin lain terpaksa memanjat pagar untuk melarikan diri daripada kumpulan yang didakwa menyerang ketika pertemuan di sebuah resort di Ulu Tiram, malam tadi.

Related Articles

Leave a Reply