Home Semasa Pembunuhan Qassem Soleimani adalah satu jenayah

Pembunuhan Qassem Soleimani adalah satu jenayah

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan pembunuhan Komander tertinggi pasukan elit Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), Qassem Soleimani adalah satu tindakan jenayah dan melanggar undang-undang antarabangsa.

“Mana-mana negara yang cintakan keamanan perlu mengutuk tindakan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat terhadap Qassem Soleimani,

“Kita mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengutuk tindakan sebegini kerana ianya satu tindakan kejam terhadap negara berdaulat,” kata Azmin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Qassem Soleimani, 62 tahun terbunuh dalam satu serangan udara oleh Amerika Syarikat di Baghdad pada 3 Januari lalu. Turut terbunuh dalam serangan tersebut adalah 4 pegawai IRGC dan komander militia Popular Mobilization Units (PMU), Abu Mahdi al-Muhandis berserta 4 pegawai PMU.

Pembunuhan Qassem telah mencetuskan ketegangan di antara Amerika Syarikat dan Iran. Semalam, Tehran telah melancarkan serangan peluru berpandu terhadap dua pangkalan Amerika Syarikat di Iraq.

Related Articles

Leave a Reply