Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Peminat XPDC menang ‘Y-Suku’ sempena Konsert PERISIK

Peminat XPDC menang ‘Y-Suku’ sempena Konsert PERISIK

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Peminat kumpulan XPDC, Ali Othman berjaya membawa pulang hadiah cabutan bertuah sebuah motosikal ‘Y-Suku’ di Konsert Metal Sound sempena Pesta Kor Risik Diraja di MAEPS, Serdang semalam.

Beliau yang tidak menyangka dengan kemenangan itu menganggap semua itu adalah rezeki.

Ali Othman bersama motosikal Y-suku yang dimenanginya di Pesta Kor Risik Diraja (PERISIK) semalam.

“Motosikal ini saya akan guna untuk kerja, tak jual. Datang sini dari Johor dengan 4 orang kawan, nampaknya balik nanti salah seorang daripada kami kena balik naik ‘Y-suku’,” tambah Ali.

Konsert yang bermula semalam akan berlanjutan sehingga 8 Disember menampilkan artis terkenal lain seperti penyanyi Lefthanded, Datuk Hattan, Datuk Nash, Haiza dan ramai lagi.

 

 

Related Articles

Leave a Reply