Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Silaturahim Aidilfitri RAJD

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Silaturahim Aidilfitri RAJD

by Bernama

KUALA LUMPUR, 24 Jun  — Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Silaturahim Aidilfitri Tahun 2019 di 91 Rejimen Bantuan Askar Jurutera Diraja (RAJD) Kem Batu Kentomen, Jalan Ipoh, di sini, malam tadi.

Ketibaan baginda berdua di kem berkenaan pada jam 8.30 malam ini, disambut oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi serta pegawai-pegawai kanan Tentera Darat.

Sultan Nazrin juga berkenan menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim dan anak-anak warga serta veteran RAJD.

Pada majlis itu, Ahmad Hasbullah juga menganugerahkan senaskah buku daripada Meja Panglima Tentera Darat Jilid 3 kepada Sultan Nazrin sebagai cendera kenangan. – Bernama

 

Related Articles

Leave a Reply