Home SemasaMohamed Farid dilantik Pengarah Cawangan Khas yang baharu

Mohamed Farid dilantik Pengarah Cawangan Khas yang baharu

by Air Times News Network
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman, Datuk Mohamed Farid Abu Hassan dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan pelantikan itu berkuat kuasa pada 17 Jun 2019.

“Mohamed Farid memasuki perkhidmatan dalam PDRM pada 15 April 1979 dan telah berkhidmat selama 36 tahun dalam Cawangan Khas.

“Beliau juga mempunyai pengalaman dalam bidang siasatan jenayah dan pendakwaan,” kata kenyataan itu.

Related Articles

Leave a Reply