Home Pertahanan dan Keselamatan TLDM tahan 14 nelayan penceroboh dari Vietnam di Terengganu

TLDM tahan 14 nelayan penceroboh dari Vietnam di Terengganu

by M.Daim

KUALA TERENGGANU, 12 Mei – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berjaya menahan sebuah lagi bot nelayan penceroboh Vietnam di perairan Terengganu, semalam.

Sebuah bot nelayan bernombor pendaftaran KG93862TS dari negara jiran itu telah didapati menceroboh perairan negara dan telah ditahan oleh KD Pahang di kedudukan 130 batu nautika Timur Laut Kemaman.

“Bot bersama 14 kru termasuk tekong telah ditahan dan diserahkan ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk tindakan lanjut,” jelas pihak Markas Wilayah Laut 1 di akaun media sosial rasmi mereka.

GALERI FOTO:

 

 

Related Articles

Leave a Reply