Home Pertahanan dan Keselamatan Isu pakaian komunis: Liew Chin Tong saman Azwanddin RM20 juta

Isu pakaian komunis: Liew Chin Tong saman Azwanddin RM20 juta

by Air Times News Network

PETALING JAYA, 31 Dis – Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong hari ini mengemukakan saman sivil terhadap Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah kerana menuduhnya memakai pakaian seragam komunis.

Dalam satu kenyataan, peguam Chin Tong, Ramkarpal Singh berkata saman difailkan oleh Messrs Karpal Singh & Co pada 27 Disember lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan dua artikel yang memalukan dikeluarkan oleh Azwanddin.

Chin Tong dalam samannya menuntut daripada Azwanddin antaranya ganti rugi am, ganti rugi teladan berjumlah RM20 juta dan injunksi bagi menghalang presiden JMM itu daripada terus menerbitkan artikel sama.

Liew merujuk kepada tulisan Azwanddin di Facebook pada 20 Ooktober lalu serta tulisan di laman web Jaringan Melayu Malaysia (JMM) pada 19 November bertajuk “Kementerian Pertahanan kini berada dalam tekanan dan ancaman”.

Pengurusan kes ditetapkan pada 29 Januari tahun depan.

Azwanddin pada 14 November lalu enggan memohon maaf walaupun dituntut atas alasan “tidak akan tunduk terhadap ugutan khususnya daripada pemimpin DAP.”

Chin Tong menjelaskan beliau sebenarnya memakai baju korporat jaket safari yang disediakan Kementerian Pertahanan.

Related Articles

Leave a Reply