Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Patuhi syarat kemasukan Askar Wataniah – Kementerian Pertahanan

Patuhi syarat kemasukan Askar Wataniah – Kementerian Pertahanan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Pihak Kementerian Pertahanan hari ini menegaskan syarat kelayakan pendidikan untuk menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu dipatuhi oleh mana-mana pemohon tanpa mengira latar belakang.

Perkara tersebut dijelaskan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan pada hari ini.

Pada masa yang sama, pihak Kementerian Pertahanan turut menafikan laporan sebuah surat khabar bahasa Tamil dan mesej tular di media sosial yang menyatakan bahawa Kementerian Pertahanan telah bersetuju untuk mengambil kesemua 75 orang belia berbangsa India yang telah dilatih oleh Askar Wataniah walaupun 60 orang daripada mereka tidak memenuhi kelayakan.

“Fakta tersebut tidak benar. Kementerian Pertahanan tidak pernah memberi jaminan untuk mengambil kesemua pemohon tersebut ke dalam Wataniah.

“Pihak Kementerian bersetuju untuk mengkaji semula permohonan-permohonan tersebut supaya mereka yang memenuhi syarat kemasukan tetapi tercicir sebelum ini boleh dipertimbangkan semula,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Keutamaan kemasukan ke dalam perkhidmatan sukarela Wataniah diberi kepada calon-calon yang mempunyai kelulusan SPM / SPMV / STPM / STAM atau setaraf atau tamat tingkatan 5.

“Namun, Askar Wataniah juga mempertimbangkan calon-calon yang memiliki Sijil PMR / Pentaksiran Tingkatan 3 atau sekurang-kurangnya tamat tingkatan 3 di sekolah bantuan kerajaan serta boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. Kelonggaran ini diberi tanpa mengira kaum dan agama”, kata kenyataan itu.

Related Articles

Leave a Reply