Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Kejayaan Eksesais Semangat Bersatu buktikan kerjasama Tentera Darat Malaysia, Singapura

Kejayaan Eksesais Semangat Bersatu buktikan kerjasama Tentera Darat Malaysia, Singapura

by Air Times News Network

KLUANG, 29 Nov – Kejayaan program Eksesais Semangat Bersatu yang telah memasuki tahun ke-24 pada tahun ini membutikan kerjasama antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan Tentera Darat Singapura.

Memetik laporan Sinar Online, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi berkata, program kerjasama ini diadakan secara giliran di antara TDM dengan Tentera Darat Singapura.

“Bagi tahun ini, eksesais ini telah diadakan selama 10 hari bermula 18 November lalu dan berakhir hari ini (semalam) yang membabitkan dan dilaksanakan di beberapa kawasan seperti Kem Majidee Batu Pahat, serta sekitar kawasan Kluang dan Kota Tinggi.

“Eksesais Bilateral (tempur) ini bermula pada 1994 dengan tahun ini giliran kita menganjurkannya, Formasi 7 Briged selaku pengelola dan peserta terdiri daripada pasukan 10 RAMD.

“Seramai 74 pegawai dan 776 anggota lain-lain pangkat telah menyertai eksesais pada kali ini,” katanya kepada pemberita semasa Majlis Penutupan Eksesais Semangat Bersatu Siri 24/2018 di kawasan serangan Bukit Lawlang- Simpang Renggam, di sini, semalam.

Manakala Tentera Darat Singapura pula diwakili 1st Singapore Infantry Battalion dengan seramai 13 pegawai dan juga 115 anggota lain-lain pangkat.

Hasbullah berkata eksesais pada kali ini berkonsepkan latihan Cross Trainning Excersice (CTX) dan Field Trainning Excercise dengan memfokuskan kepada latihan peperangan konvensional serta perkongsian kepakaran operasi di antara kedua-dua negara.

“Antara objektif yang hendak dicapai melalui eksesais kali ini adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman serta pendedahan dalam pengendalian dan prosedur operasi selain bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama di antara kedua-dua negara.

“Pada penutupan siri kali ini, gimiknya adalah pelaksanaan fasa serangan terakhir ke atas khemah musuh dan penyerahan bendera dari Pegawai Memerintah 10 RAMD, Lefttenan Kolonel Mohd Rizman Ramli kepada Pegawai Pemerintah 1st Singapura Infantry Battalion, Lieutenant Gabrial Tang,” katanya.

Turut hadir, Panglima Tentera Darat Singapura, Brigediar Jeneral Goh Si Hou dan Panglima Medan Barat Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Azizan Md Delin.

 

 

Related Articles

Leave a Reply