Home SemasaGlobal India, Perancis rancang lancar satelit untuk pengawasan maritim

India, Perancis rancang lancar satelit untuk pengawasan maritim

by Noor Sheila Amin
Credit Image : ISRO HQ

BENGALURU, INDIA 18 Sep – India dan Perancis merancang untuk melancarkan satelit 8-10 sebagai sebahagian daripada “konstelasi” untuk pengawasan maritim khususnya di Lautan Hindi, kata pengarah agensi ruang angkasa Perancis CNES, Jean-Yves Le Gall.

“Ini akan menjadi kerjasama angkasa terbesar India dengan mana-mana negara, katanya.

Pelancaran 8-10 satelit pengawasan maritim akan memberi tumpuan kepada Lautan Hindi, satu kawasan yang menyaksikan kehadiran China yang semakin meningkat ketika ini.

Menurut Gall, Perancis juga akan berkongsi kepakarannya dengan Indian Space Research Organisation (ISRO) mengenai misi antara planet untuk ke planet Mars dan palenet Venus, kata Gall.

Menurutnya lagi, untuk melancarkan satelit ini, ia akan mengambil masa kurang dari lima tahun .

Pada bulan Mac tahun ini, India dan Perancis akan melancarkan visi bersama untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara ISRO dan CNES.

“ISRO dan CNES akan bekerjasama untuk merekabentuk dan membangunan produk serta teknik bersama, termasuk yang melibatkan Sistem Pengenalan Automatik, untuk memantau dan melindungi aset di darat dan laut. Kedua-dua pihak akan membuat kajian konstelasi satelit untuk pengawasan maritim, ” katanya.

Terdahulu, kedua negara itu menandatangani perjanjian untuk berkongsi kepakaran dalam program misi manusia ISRO, Gaganyaan. Agensi ruang angkasa kedua-dua negara juga sedang menjalankan pemantauan iklim pada misi bersama Megha-Tropiques (dilancarkan pada tahun 2011) dan Saral-Altika (dilancarkan pada tahun 2013).

Credit Image : ISRO

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?