Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat ATM berjaya patahkan penyeludupan minyak masak

ATM berjaya patahkan penyeludupan minyak masak

by Air Times News Network

LAHAD DATU, 15 Sept – Tindakan seorang lelaki warga asing cuba menyeludup keluar 340 bungkus minyak masak ke Filipina menerima padah apabila ditahan sepasukan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang menjalankan tugas operasi khas di Felda Sahabat dekat sini, awal pagi semalam.

Panglima 13 Briged, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Brigadier Jeneral Hamdan Ismail berkata suspek berumur 46 tahun itu ditahan ketika pasukan operasi seliaan unit 13 Briged (ESSCom) menahan serta memeriksa sebuah bot laju yang berkeadaan mencurigakan.

“Bot itu didapati membawa muatan 340 bungkus minyak masak seberat 340 kilogram bernilai RM2,280 tanpa dokumen kebenaran,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Dalam pada itu, Hamdan berkata kejayaan tersebut adalah antara usaha berterusan 13 Briged (ESSCom) dengan kerjasama semua pasukan operasi dalam memastikan tiada elemen jenayah dapat membolosi ruang perairan negara.

Katanya menjadi keutamaan ATM dan pasukan keselamatan untuk memastikan keselamatan negara terkawal.- Bernama

Related Articles

Leave a Reply