Khairy dalam Tweet terbaharu berterima kasih atas tawaran tersebut sambil menyatakan beliau tidak mahu memegang apa-apa jawatan tertinggi parti.

Beliau menegaskan akan sentiasa tetap bersama UMNO dan mahu memberi fokus sebagai Ahli Parlimen Rembau.

“Terima kasih DS Zahid Hamidi kerana menawarkan saya jawatan Setiausaha Agung BN tadi. Saya memberi tahu beliau saya tidak mahu pegang apa-apa jawatan tinggi parti. Saya memberi fokus kepada tugas sebagai ahli Parlimen. Sedia bantu dan tetap bersama UMNO,” Tweet Khairy.

Ahmad Zahid sebelum ini memberitahu beliau telah mengadakan perbincangan dengan Khairy berkaitan peranan bekas Ketua Pemuda UMNO itu di dalam parti.

Dalam pemilihan parti yang berlangsung semalam, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dipilih sebagai Presiden dengan 99 undi.

Khairy puka memperoleh 61 undi manakala Tengku Razaleigh Hamzah mendapat 30 undi.