Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, beliau difahamkan perkara itu akan dibangkitkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang akan melakukan lawatan rasmi ke negara berkenaan dalam masa terdekat.

Ujar beliau, pendirian Malaysia yang tidak mahu negara-negara kuasa besar mempamerkan aset ketenteraan masing-masing di laut berkenaan perlu disuarakan secara konsisten.

“Saya telah maklumkan secara rasmi kepada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Jim Matthis dalam persidangan di Singapura baru-baru ini tentang pentingnya untuk menjadikan laut berkenaan sebagai kawasan konflik.

“Kita perlu menyampaikan hasrat sama kepada China supaya mereka faham dasar berkecuali yang diamalkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parti Amanah Negara negeri di sini hari ini.

Katanya, pendirian itu adalah kerana Malaysia tidak mahu konflik yang berlaku di Timur Tengah merebak ke negara ini disebabkan persaingan negara-negara kuasa besar.