Home Pertahanan dan Keselamatan MALBATT terima aset baharu

MALBATT terima aset baharu

by M.Daim

LUBNAN, 29 Mei – 9 buah kenderaan pengangkut berperisai  (Armoured Personnal Carrier – APC) 4×4 Guardian milik MALBATT telah selamat tiba di UNP 2-1, Kem Marakah, Selatan Lubnan. Kenderaan berperisai keluaran International Armored Group (IAG) tersebut telah dibawa dari Pelabuhan Beirut menggunakan low loader telah tiba di Kem Marakah pada jam 0130 pagi tadi waktu Lubnan (0630 pagi waktu Malaysia).

Kenderaan pengangkut berperisai (APC) 4×4 Guardian keluaran IAG milik MALBATT bakal beroperasi di Lubnan. Foto: MALBATT 850-5

Kenderaan berperisai ini mempunyai perisai yang dipasang pada pelbagai sudut bagi melindungi penumpang. Perisai yang dipasang mampu untuk menahan tembakan senjata api berat dari pelbagai sudut dan berupaya untuk menyerap gegaran letupan.

IAG Guardian juga mempunyai kendalian pemanduan baik termasuklah dalam keadaan lasak. Selain daripada itu, kebolehupayaan kenderaan ini untuk menggunakan alat ganti komersil mengurangkan lagi kos selenggara kenderaan.

 

Related Articles

Leave a Reply