Home PolitikBarisan Nasional Sepanjang era Tun M, Sarawak tidak pernah dapat peruntukan besar – Awang Tengah

Sepanjang era Tun M, Sarawak tidak pernah dapat peruntukan besar – Awang Tengah

by Nurulhuda

SIMUNJAN, 24 Apr – Sarawak menerima peruntukan yang besar daripada kerajaan pusat dalam Bajet 2018, dan jumlah itu tidak pernah diberi kepada negeri berkenaan sepanjang 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata peruntukan yang besar itu membuktikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi amat prihatin terhadap Sarawak dan rakyat negeri ini.

“Lihat sahaja manifesto PRU14 BN, perdana menteri mahu memastian kemajuan dan kesejahteraan rakyat dengan pemberian BR1M dan skim-skim keusahawanan kepada rakyat, di samping memperjuangkan kemajuan seimbang,” katanya ketika berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di pekan Simunjan hari ini.

“Pada PRU14, kita mahu menang kesemua 31 kerusi Parlimen di Sarawak. Kalau itu dapat dicapai sudah pasti perdana menteri akan memberi peruntukan lebih besar kepada Sarawak, manakala semua hak Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang terhakis selama 22 tahun akan dikembalikan kepada kita,” tambahnya.

Awang Tengah menegaskan kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan pusat perlu terus dikekalkan untuk bersama-sama menjayakan agenda melonjakkan ekonomi Sarawak serta melaksanakan transformasi luar bandar di negeri ini.

“Jangan dengar propaganda Tun Dr Mahathir. Dulu dia kecam dan tuduh DAP sebuah parti rasis dan PKR ditubuh disebabkan Tun pecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri dan anggota UMNO, tetapi sekarang beliau bekerjasama dengan DAP dan PKR.

“Kita mahu kerajaan yang utamakan kesejahteraan rakyat dan ini dapat diberi oleh kerajaan BN,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru pengundi di Sarawak terus mengukuhkan perjuangan menerusi BN tanpa menoleh ke belakang.

Ahmad Zahid hadir sebagai tetamu kehormat pada program tersebut semalam.

Related Articles

Leave a Reply