Home PolitikBarisan Nasional PH Pejuang Individu Bukan Rakyat – Rizalman

PH Pejuang Individu Bukan Rakyat – Rizalman

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 22 Apr – Setiausaha Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan,Datuk Rizalman Dato Mokhtar berkata keyakinan orang Melayu terhadap UMNO dan BN masih lagi tebal dan terkawal.

Rizalman menjelaskan apabila wujudnya parti lain seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), ia turut menarik sedikit sokongan orang melayu terhadap parti tersebut.

‘Tetapi pada saya secara keseluruhan orang melayu masih lagi memberikan keyakinan kepada UMNO sebagai sebuah parti yang masih releven dalam memberi perkhidmatan dan membela nasib bangsa serta agama’, jelasnya kepada wartawan selepas Majlis Pelancaran Manifesto BN Wilayah Persekutuan di PWTC pagi tadi.

‘Pakatan Harapan (PH) dilihat sebagai sebuah parti yang perjuangan hanya tertumpu kepada agenda tertentu dan lebih bersifat keperibadian.

‘Kita dapat lihat asas penubuhan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ialah kerana Anwar Ibrahim, penubuhan PPBM pula, kerana Tun Dr Mahathir yang kecewa terhadap apa yang berlaku kepada anaknya.

‘Dan DAP, dari segi perjalanannya, kita dapat lihat hanya sebagai politik legasi apabila diturunkan kepada Lim Guan Eng’, ujarnya lagi.

Rizalman, merangkap Ketua UMNO Bandar Tun Rzak berkata PH dilihat tidak sepenuhnya menumpukan kepada keperluan rakyat, apa yang mereka war-warkan hanya semata-mata untuk menjadi populis dan meraih sokongan rakyat.

Rizalman juga percaya sekiranya mereka diberi peluang untuk memerintah, banyak perkara yang tidak dapat mereka laksanakan.

‘Lihat sahaja kepada pemerintahan mereka di kerajaan negeri seperti PKR yang memerintah Selangor; DAP memerintah Pulau Pinang; terdapat beberapa perkara dalam tindakan kerajaan negeri yang mereka boleh laksanakan, tetapi mereka tidak buat.

‘Jadi mereka nak tunggu bila ambil alih kerajaan persekutuan baru nak buat? ujanya lagi.

‘Sedangkan dalam konteks kerajaan negeri mereka sepatutnya sudah tunjukan dan buktikan yang mereka mampu melaksanakannya. Tetapi, kenapa mereka tidak buat? kata Rizalman lagi.

Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan telah melancarkan Manifesto BN dan pengumuman calon BN bagi Wilayah Persekutuan di PWTC pagi tadi.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!