Home PolitikPakatan Harapan Adun Paya Jaras sertai PKR

Adun Paya Jaras sertai PKR

by Air Times News Network

SHAH ALAM, 9 Apr – Spekulasi mengenai status Adun Paya Jaras, Khairuddin Othman bersama Pas kini terjawab apabila beliau mengesahkan menyertai PKR.

Menurut Khairuddin, beliau ingin bergerak menerusi platform  berbeza iaitu di bawah Pakatan Harapan   yang disifatkan lebih baik dan diyakini rakyat.

“Bagi saya, yang lepas itu, lepaslah. Saya tak mahu komen pasal parti sebelum ini(Pas).

“Apa pun, terima kasih di atas kerjasama mereka selama ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Sejak kebelakangan ini, timbul cakap-cakap mengatakan Khairuddin yang juga merupakan bekas jawatankuasa Pas Selangor bakal meninggalkan parti Islam itu dan menyertai PKR.

Khairuddin pernah dilantik menganggotai tersebut namun beliau digugurkan beberapa bulan kemudian.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Khairuddin berkata beliau juga tidak menganggap tindakannya tersebut sebagai satu pengkhianatan terhadap Pas.

Menurutnya, keputusan itu merupakan cabang baharu dalam karier politik beliau untuk terus berkhidmat buat rakyat dengan peluang lebih besar.

“Kalau mereka (Pas) anggap saya pengkhianat terpulanglah. Saya dah lama dalam Pas dan saya tahu semuanya,” katanya.

Beliau berkata tindakannya berhijrah kepada PKR juga direstui oleh penyokong-penyokongnya.

“Saya mahu terus berkhidmat untuk rakyat dan saya yakin keputusan ini adalah yang terbaik,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply