Home SemasaGlobal Park Geun-hye bersalah, dipenjara 24 tahun

Park Geun-hye bersalah, dipenjara 24 tahun

by Noor Sheila Amin

Seoul, 6 April – Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye dijatuhi hukuman penjara selama 24 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Mahkamah turut mengarahkan Geun-hye membayar denda sebanyak 18 bilion won (RM65.56 juta).

“Jumlah rasuah yang diminta atau diterima tertuduh dengan kerjasama rakan baiknya Choi Soon-sil, adalah lebih 23 bilion won (RM83.77 juta)

“Oleh itu, saya menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan denda 18 bilion won kepada tertuduh,” kata Hakim Kim Se-Yoon.

Related Articles

Leave a Reply