Home SemasaGlobal 56 pelarian Rohingya ditahan di Thailand

56 pelarian Rohingya ditahan di Thailand

by Noor Sheila Amin

Bangkok, 2 April – Sebuah bot membawa sekurang-kurangnya 56 pelarian Rohingya ditahan di sebuah pulau di Thailand ketika dalam perjalanan ke Malaysia, kata pihak berkuasa semalam.

Bot yang sarat membawa penumpang lelaki, wanita dan kanak-kanak itu dipercayai berlabuh seketika di pantai barat Thailand berhampiran wilayah Krabi awal hari ini akibat cuaca buruk.

Beberapa gambar menunjukkan pelarian berkenaan ditemubual ketika berlabuh dan diiring kembali ke bot mereka sebelum berlepas.

Gabenor Krabi, Kitibodee Pravitra mengesahkan penumpang bot berkenaan adalah pelarian Rohingya tetapi tidak tahu dari mana mereka datang.

“Laporan awal menunjukkan mereka berlabuh berhampiran Koh Lanta pagi ini kerana mengelak daripada ribut. Mereka menuju ke Malaysia,” katanya merujuk kepada sebuah pulau pelancongan popular.

Hampir 700,000 umat Islam Rohingya mencari perlindungan di selatan Bangladesh sejak Myanmar melancarkan tindakan keras terhadap pemberontak Ogos lalu yang disifatkan Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pembersihan etnik.

Perjanjian untuk menghantar pulang Rohingya dari Bangladesh ke negeri Rakhine di Myanmar masih belum menjadi kenyataan.

Menurut statistik terkini agensi pelarian PBB, terdapat hampir 700,000 pelarian Rohingya dan pencari suaka politik yang tinggal di Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply