Home Pertahanan dan Keselamatan AV8 Gempita IFV25

AV8 Gempita IFV25

by M.Daim

AV8 “Gempita” merupakan kenderaan berperisai 8×8 yang dimiliki oleh Tentera Darat Malaysia. Dibangunkan secara bersama DefTech dan FNSS PARS, kenderaan ini mempunyai reka bentuk yang modular.

Reka bentuk modular sebegini membolehkan kenderaan ini mempunyai pelbagai varian melalui pemasangan turet, persenjataan, penderia dan sistem komunikasi yang berlainan pada satu jenis kenderaan.

AV8 mula beroperasi pada tahun 2014 dan sebanyak 257 buah kenderaan dari pelbagai jenis varian telah dirancang untuk kegunaan Tentera Darat Malaysia.

Antara varian yang dirancang adalah varian IFV25, IFV30, LCT30 ATGW, 12.7mm RWS, 120mm Mortar, Peninjau, SIGINT, Kembalik, Kenderaan Perintah (Command Vehicle), dan Kembalik

 

Sehingga pertengahan November 2017, sebanyak 97 buah AV8 Gempita telah diserahkan kepada Tentera Darat Malaysia. Serahan 97 buah tersebut adalah merangkumi 5 varian iaitu IFV25, IF30, 12.7mm RWS, Peninjau, dan LCT30 ATGW.

IFV25

Gempita IFV25 merupakan varian amfibi yang dilengkapi dengan meriam automatik 25mm Bushmaster dan mesingan 7.62mm yang dipasang pada FNSS Sharpshooter Turret. Varian ini berupaya untuk beroperasi pada waktu siang dan malam. IFV25

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!