Home Pertahanan dan Keselamatan Peranan KDN masa kini semakin mencabar yang memerlukan komitmen sepenuhnya

Peranan KDN masa kini semakin mencabar yang memerlukan komitmen sepenuhnya

by Air Times News Network

KUANTAN, 22 Feb – Peranan jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada masa kini semakin penting dan mencabar yang memerlukan komitmen sepenuhnya daripada pegawai dan kakitangannya.

Mereka bertanggungjawab untuk memastikan aspek keselamatan negara terus terpelihara daripada sebarang anasir jahat

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob

Bukan hanya polis atau tentera yang jaga keselamatan, tapi semua jabatan yang berada di bawah KDN mempunyai tugas masing-masing ramai yang tidak nampak (pentingnya) fungsi mereka.

“Keselamatan bukan hanya pada faktor fizikal (senjata, kemahiran bertempur) dengan pihak luar tetapi juga menjaga keharmonian dan susun atur dalam negara agar tiada kekecohan atau timbul rasa tidak selesa di tanah air sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama 220 warga KDN serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang turut dihadiri Pengarah JBPM Pahang Datuk Abdul Wahab Mat Yasin dan Pengarah Jabatan Imigresen Pahang Muhammad Hatta Kassim.

Related Articles

Leave a Reply