Home Semasa Kerajaan Selangor telah serahkan dokumen kepada SPRM – Azmin

Kerajaan Selangor telah serahkan dokumen kepada SPRM – Azmin

by Air Times News Network

SHAH ALAM, 16 Feb – Kerajaan negeri Selangor telah menyerahkan semua dokumen berkaitan isu tanah di mukim Ijok kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata dokumen berkenaan telah diserahkan beberapa bulan sebelum ini berikutan laporan kepada SPRM yang dibuat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang meminta siasatan dilakukan terhadap isu itu.

“Kerajaan negeri telah memberi kerjasama penuh dan tunggulah hasil siasatan nanti,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Mohamed Azmin mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, semalam yang mendesak menteri besar itu memberi penjelasan berhubung apa yang disifatkan beliau tindakan tergesa-gesa kerajaan negeri menyerahkan tanah bernilai RM1.18 bilion di mukim Ijok kepada dua syarikat pada 2016.

Abdul Rahman berkata tindakan itu menjadi persoalan kerana keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah memihak kepada kerajaan negeri pada 2013 dan 2014 dalam kes mengambil alih semula tanah kerajaan negeri yang dimiliki oleh kedua-dua syarikat berkenaan…..

Related Articles

Leave a Reply