Home PolitikBarisan Nasional Komuniti India perlu “Nambike” kepada kepimpinan Barisan Nasional – Perdana Menteri

Komuniti India perlu “Nambike” kepada kepimpinan Barisan Nasional – Perdana Menteri

by M.Daim

Langkawi, 16 Feb – Komuniti India di negara ini perlu memberikan kepercayaan (nambike) kepada Barisan Nasional kerana parti BN mampu untuk mentadbir negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau menambah, masyarakat India di Malaysia tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan seharusnya memberikan kepercayaan penuh kepada BN berdasarkan konsep ‘naalai namathey, naalum namathey’ (esok milik kita, masa depan milik kita).

“Pilihan adalah di tangan anda semua. Saya tidak perlu menerangkan lagi kerana masyarakat di Langkawi lebih mengetahui. Masyarakat India di Langkawi lebih mengetahui bahawa BN merupakan satu-satunya parti yang mereka boleh berikan kepercayaan.”

“Kerana itulah kita tidak boleh memilih pembangkang. Jika kita mahukan pembangunan di sesuatu daerah atau negeri atu negara, kita perlu memberikan keyakinan kerajaan, kerajaan yang mempunyai rekod yang sudah terbukti dan berupaya membawa perubahan,” ujar beliau semasa sesi ramah mesra bersama komuniti India di Dewan MIC Langkawi, Taman Sungai Raya, hari ini.

Perdana Menteri turut menyeru agar rakyat Malaysia tidak mudah terpedaya dengan helah dan tuduhan tidak berasas oleh pembangkang yang mengatakan Malaysia akan bankrap.

Datuk Seri Najib berkata, Malaysia tidak akan menjadi seperti Greece atau mana-mana negara yang bankrap yang perlukan bantuan. Ini terbukti dengan laporan Bank Dunia, Badan Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Forum Ekonomi Dunia yang memperakui keupayaan kerajaan Malaysia dalam mengurus tadbir kewangan serta ekonomi negara.

“Jika kita betul bankrap, adakah Bank Dunia, IMF dan Forum Ekonomi Dunia akan memuji Malaysia? Kita sudah tentu akan menerima kritikan tanpa henti dari mereka. Tetapi, tiada satu pun laporan dari mereka yang menyatakan Malaysia adalah sebuah negara bankrap.

Beliau menambah, kadar pertumbuhan ekonomi negara adalah pada 5.9 peratus dan nilai eksport pada November 2017 mencatatkan rekod sebanyak RM 83.5 bilion. Ringgit Malaysia turut diklasifikasikan sebagai antara mata wang yang mempunyai prestasi yang baik semenjak beberapa bulan lalu. Beliau menegaskan, pencapaian sebegini sudah tentu memberikan cerminan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang bankrap.

Pada masa yang sama, Datuk Seri Najib menyatakan bahawa beliau akan berkerjasama dengan kerajaan negeri Kedah untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat India di Langkawi. Untuk rekod, masyarakat India adalah merangkumi 3.9% dari jumlah penduduk di Pulau Lagenda. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply