Home SemasaGlobal 14 warga Tunisia dibebas

14 warga Tunisia dibebas

by Noor Sheila Amin

Menurut laporan AFP, kesemua mereka ditahan sekumpulan lelaki bersenjata ketika dalam perjalanan menaiki bas ke tempat kerja di sebuah loji penapisan minyak di Zawiya, barat ibu negara Libya, pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, Taoufik tidak mendedahkan mengenai keadaan kesemua rakyatnya itu.

Sebelum ini, kumpulan bersenjata terbabit mendesak pembebasan seorang ahli mereka, yang ditahan di Tunisia dibebaskan dari penjara.

Berita pembebasan warga Tunisia itu turut disahkan sumber keselamatan di Zawiya, dan berkata mereka dibebaskan dalam satu operasi yang dijalankan oleh pasukan keselamatan bandar itu.

“Pasukan keselamatan menyerbu masuk lokasi mereka ditahan dan berjaya membebaskan warga Tunisia tanpa sebarang masalah atau kecederaan,” kata ketua bahagian media perkhidmatan keselamatan Zawiya, Thamer Mounir kepada AFP.

Namun, Thamer enggan mengulas lanjut mengenai sama ada terdapat suspek yang ditahan.

Related Articles

Leave a Reply