KUALA LUMPUR, 8 Nov – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Yinxing yang dikesan pada kira-kira 1313 km ke Timur Laut Kudat, Sabah.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, pergerakan taufan ini bergerak ke arah barat dengan kelajuan 20km/j dan berpotensi mampu mencapai kelajuan angin maksimum sebanyak 139 km/j.
Menurutnya lagi, kedudukan taufan ini adalah di latitud 18.4 utara dan longitud 119.5 timur, kira-kira 118 km ke Barat Laut Laoag City, Filipina.
“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.” menurutnya lagi. -airtimes.my
#taufan #METMalaysia #Yinxing #AirTimes #sabah