JEMPOL, 28 Feb โ Seramai 10 orang pegawai dan 212 anggota Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (17 RAMD) (Para) telah melaksanakan Eksesais ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ Siri 1/23 di kawasan am Kompleks Perumahan Awam Palong 16, bermula pada 18 hingga 22 Februari lalu.
Markas 10 Briged Para (10 Bgd Para) memaklumkan, eksesais ini dilaksanakan berkonsepkan Joint Operation Capabilities bertujuan melatih dan menguji tahap kompetensi pegawai dan anggota BG Eagle dalam aturgerak Air Assault Pasukan Atur Cepat (PAC) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Jelasnya, eksesais ini merupakan sebahagian komponen eksesais di dalam Eks AMTOP Siri 1/2023 anjuran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
โSenario eks ini bermula dengan penyusupan masuk di belakang garisan musuh (๐๐ฆ๐ฉ๐ช๐ฏ๐ฅ ๐๐ฏ๐ฆ๐ฎ๐บ ๐๐ช๐ฏ๐ฆ) dan seterusnya menyediakan perlindungan dan keselamatan bagi trup yang melaksanakan ๐๐ช๐ณ ๐๐ฏ๐ด๐ฆ๐ณ๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ,
โAturgerak udara ke landing point melalui teknik ๐ง๐ข๐ด๐ต ๐ณ๐ฐ๐ฑ๐ช๐ฏ๐จ dan ๐ฉ๐ข๐ณ๐ฅ ๐ญ๐ข๐ฏ๐ฅ๐ช๐ฏ๐จ telah dibantu pesawat udara TUDM, EC 725 AP dan AW 139
โElemen senjata bantuan berkenderaan dari Komponi Bantuan (Para) telah membantu platun serangan dari arah rusuk bagi menghalang musuh melarikan diri.
โSerangan konsep OBUA telah diatur di sekitar Objektif HAWK sehingga melepasi garisan ๐๐ช๐ฏ๐ฆ ๐๐ง ๐๐น๐ฑ๐ญ๐ฐ๐ช๐ต๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ (LOE). Bagi meningkatkan ๐๐ฐ๐ณ๐ฆ ๐๐ฐ๐ฎ๐ฑ๐ฆ๐ต๐ฆ๐ฏ๐ค๐บ dalam latihan ini ๐๐ข๐ต๐ต๐ญ๐ฆ ๐๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ท๐ฆ๐ณ (BHO) dilaksanakan bagi membolehkan Kumpulan Induk Utama melaksanakan gerak mara,โ jelas 10 Bgd Para menerusi hantaran di media sosialnya.
๐๐ง๐ต๐ฆ๐ณ ๐๐ค๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐๐ฆ๐ท๐ช๐ฆ๐ธ (AAR) bagi Eks ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ Siri 1/23 ini telah dilaksanakan oleh Brigedier Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal selaku Task Force THUNDERBOLT Commander yang bertanggungjawab bagi keseluruhan operasi yang telah dijalankan.
Eksesais ini turut melibatkan anggota dari No 3 dan 10 Skn TUDM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa awam setempat.-airtimes.my