BEIRUT, 13 OKT – Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian memberi amaran kepada Israel untuk menghentikan serangan terhadap Gaza.
Menurut beliau, sekiranya Israel berdegil, Tel Aviv akan berhadapan dengan serangan dari kawasan lain selain Gaza.
Hossein tiba di Beirut dan mengadakan pertemuan dengan wakil Hamas, Palestinian Islamic Jihad dan perwakilan kerajaan Lubnan.
“Melihat tindakan agresif, jenayah perang dan pengepungan terhadap Gaza, garisan peperangan baharu mungkin akan berlaku,” katanya.
Sebelum ini, Hossein menyatakan amaran yang sama semasa mengadakan lawatan ke Iraq pada Khamis lalu.
Iran sebelum ini didakwa terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan serangan mengejut 7 Oktober dari Gaza ke Israel.
Pemimpin Hamas turut menolak penglibatan langsung Iran walaupun Tehran sebelum ini disyaki menjadi pemain utama dalam serangan tersebut. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #Gaza #Palestin #Iran