Home Pertahanan dan Keselamatan MALBATT 850-10 sambung legasi kecemerlangan pertahan keamanan Selatan Lubnan

MALBATT 850-10 sambung legasi kecemerlangan pertahan keamanan Selatan Lubnan

by M.Daim

KEM MA’RAKAH, 17 Nov – Kontinjen MALBATT 850-10 kini secara rasmi mengambil alih peranan sebagai pasukan pengaman mewakili Malaysia di Lubnan.

Bahagian Hal Ehwal Awam Markas Angkatan Bersama (MAB) dalam satu kenyataan berkata, upacara serah terima tugas antara MALBATT 850-9 dan MALBATT 850-10 telah dilaksanakan pada 12 November lalu.

Penyerahan dilakukan diantara Komander MALBATT 850-9, Kolonel Megat Maz Ardi bin Nohuddin dan Komander MALBATT 850-10, Kolonel Mohd Rizman bin Hj Ramli dengan disaksikan oleh UNIFIL Head of Mission/Force Commander (HOM/FC), Major General Aroldo Lazaro Saenz bertempat di UNP 2-1 Kem Ma’rakah, Selatan Lubnan.

Malaysia telah diberikan penghormatan untuk menyertai misi keamanan di Selatan Lubnan semenjak tahun 2007. Foto: Markas Angkatan Bersama

“Penyerahan tampuk pemerintahan ini menandakan tamatnya tempoh penugasan MALBATT 850-9 selama setahun bermula pada 13 November 2021 sehingga 11 November 2022,

“Peranan MALBATT 850-9 kini digantikan dengan MALBATT 850-10 yang akan menyambung kecemerlangan MALBATT di bumi Lubnan selama setahun sehingga 2023,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Aroldo merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas komitmen dalam penglibatan Trup Pengaman Malaysia semenjak tahun 2007. Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada MALBATT 850-9.

Pingat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah disampaikan kepada anggota MALBATT 850-9 bagi menghargai pengorbanan mereka dalam memikul amanah selama setahun di Selatan Lubnan. Foto: Markas Angkatan Bersama.

Menurut beliau, itu telah berjaya melaksanakan 24,198 aktiviti pengoperasian melibatkan Independent and Coordinated Activity With Lebanese Armed Forces (COAWL) di kawasan tanggungjawab MALBATT.

Kawasan tersebut merupakan kawasan tanggungjawab yang terbesar di bawah UNIFIL dengan meliputi 48 kawasan perbandaran.

Majlis serah terima tugas yang diadakan di Kem Ma’rakah ini turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Bersama,  Leftenan Jeneral Datuk Indera Yazid Arshad TUDM; Duta Besar Malaysia di Lubnan, Azri Mat Yacob; Komander Sektor Barat UNIFIL, Brigadier General Giuseppe Bertencello dan wakil Markas Angkatan Bersama serta Delegasi Malaysia. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply